
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pemberitahuan mengenai kewujudan Tabung Amanah Zakat (TAZ) serta perlantikan MyPSA(SA) sebagai ‘Amil untuk TAZ sebelum ini dirujuk kembali.
Di bawah adalah senarai nama wakil-wakil ‘Amil yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengutip zakat dari para muslimin dan muslimah Malaysia di South Australia:
|
Bil. |
Nama |
Nombor telefon |
Alamat emel |
Zon/Wakil |
|
1. |
Ahmad Sayuti Basiron |
0468 945 948 |
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Northern suburbs / UniSA Mawson Lakes campus |
|
2. |
Nor Arzami Othman |
0431 224 352 |
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Southern suburbs / Flinders University |
|
3. |
Mohamad Sufian Hasim Room BJ2 – 53 (Bonyton Jubilee Building, Level 2, Room 53), City East Campus |
0421 707 611 |
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Western suburbs / UniSA City East & City West |
|
4. |
Hj. Mohd Arif Yusa |
0421 469 401 |
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Eastern suburbs / UniSA Magill campus |
|
5. |
Zarina Abu Hassan |
0425 616 114 |
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Eastern suburbs / wakil muslimah |
|
6. |
Roslina Mohammad |
0433 589 992 |
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Wakil muslimah |
Sekiranya ada sebarang keraguan atau pertanyaan (termasuk soal fiqh) mengenai perkara ini boleh hubungi terus kepada saudara Ahmad Sayuti seperti yang tertera di atas.
Sebagai peringatan kepada semua:
Ibnu Umar r.a. telah berkata (yang bermaksud):
“Rasulullah menyuruh kepada pembayaran sebanyak satu ‘Shaa’ dari kurma atau satu ‘Shaa’ dari biji sya’ir (barli) sebagai Zakat Fitrah ke atas setiap orang yang beragama Islam samada bebas atau hamba, lelaki atau permpuan, tua atau muda; dan beliau mengarahkan agar ia dibayar sebelum menunaikan solat Aidilfitri.”
(Riwayat Al-Bukhari Buku2, Jilid 25,Hadith ke-579)
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan kebaikan apa sahaja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah: Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah:110)
“Sesungguhnya orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya: Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 277)
“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoakan untuk mereka; sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(At-Taubah: 103)
“Dan sesuatu riba’ (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba’ itu tidak akan menambah pada sisi Allah; dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).”
(Ar-Rum: 39)
Yang menjalankan tugas,
Assoc. Prof. Dr. Kamarul Ariffin Khalid
President 2010/2011
Malaysian Postgraduate Students Association of South Australia Incorporated
MyPSA(SA) Inc.
P/O Box 2286
Hilton
SA 5033
www.mypsa-sa.com



About MyPSA













