Assalamu'alaikum Warahmatullah
& Good Day!
Kepada seluruh warga pelajar Malaysia di Adelaide,
PERSIDANGAN PASCA SISWAZAH 2011
[ Inaugural Malaysian Postgraduate Conference 2011 (MPC11) ]
Mewakili Jawatankuasa Umum MyPSA(SA) & Urusetia MPC11, saya dengan berbesar hati memaklumkan penganjuran persidangan julung kali di atas yang dijayakan secara bersama oleh MyPSA(SA), Education Malaysia Australia (EMAS) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Program penuh 2 hari tersebut bermula pada 26-27 November 2011 (Sabtu & Ahad) ini akan meliputi beberapa pembentangan kertas kerja serta kajian akademik oleh tetamu jemputan serta pelajar pasca-siswazah dari beberapa negeri di Australia.
Upacara Perasmian & Ucaputama akan dilakukan oleh Professor Dr. Morshidi Sirat yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah (IPTA) di Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM). Tajuk Ucaputama adalah berkaitan: "The Malaysian Higher Education Scenario: Role of Lecturers and PhD holders towards Nation Development”
Oleh kerana tajuk pembentangan tersebut amat penting dan sangat berkait rapat dengan peranan serta sumbangan sebenar para pensyarah & pelajar IPT di dalam pembangunan negara, maka MyPSA(SA) dengan berbesar hatinya mengalukan kehadiran SEMUA WARGA PELAJAR di Adelaide untuk turut serta di dalam kedua sessi tersebut.
Maklumat lengkap sessi tersebut adalah seperti berikut;
Tarikh : Sabtu, 26 November2011
Masa : 9.00 - 11.00pagi
Lokasi : Kampus City East, UniSA, Adelaide.
Semoga peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh warga pelajar Adelaide.
MyPSA(SA) juga memohon kerjasama semua untuk terus memanjangkan pemakluman ini kepada kenalan & pelajar di Adelaide untuk turut hadir.
http://www.facebook.com/events/302957999729096/
Sekian. Terima kasih.
Ahmad Sayuti Bin Bashiron
Jawatankuasa Umum MyPSA(SA) 2011-12



Announcement











