Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua ahli MyPSA(SA),
Sempena meraikan kedatangan Aidiladha, MyPSA(SA) menjemput semua warga MyPSA(SA) (Postgraduate, PR & keluarga) untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutan AidilAdha 1432H MyPSA(SA) seperti berikut:-
- Tarikh: 12 Nov 2011M / 16 Zulhijjah 1432H (Sabtu)
- Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
- Tempat: Bonython Park, SA.
Dan bagi meneruskan tradisi warga MyPSA(SA), semua hadirin dialukan untuk turut berkongsi & membawa juadah ringkas raya berkonsepkan 'potluck'. Nasi, roti dan dessert amatlah dialu-alukan.
MyPSA(SA) akan menyediakan menu utama : kari daging, BBQ daging & BBQ ayam serta minuman.
Turut dialu-alukan, setiap hadirin mengenakan pakaian raya masing-masing bagi menceriakan lagi majlis.
ATURCARA MAJLIS
10.00am : Kedatangan jemputan
10.15am : Jamuan bermula
11.00am : Perutusan raya presiden MyPSA & ucapan ahli baru / akan balik.
12.00pm : Sesi fotografi
1.00pm : Majlis bersurai
NOTA:
* Bagi sesiapa yang baru sampai @ akan balik @ yang tahu rakan baru sampai / akan balik dipohon untuk memberitahu pihak AJK MyPSA sebagai rekod melalui emel
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
.
* Mohon disebarkan maklumat majlis ini pada ahli MyPSA lain yang tiada akaun Facebook atau YahooGroup.
Terima kasih.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA.
JUMPA ANDA SEMUA DI SANA! INSYAALLAH.
Jawatankuasa Umum
MyPSA(SA) 2011/12

















