Malaysian Postgraduate Students Association of South Australia [MyPSA(SA)].

Monday
May 21st
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Announcement Important Annoucement Jemputan ke Ucaptama Persidangan Pasca Siswazah 2011

Jemputan ke Ucaptama Persidangan Pasca Siswazah 2011

E-mail Print PDF

Assalamu'alaikum Warahmatullah

& Good Day!

Kepada seluruh warga pelajar Malaysia di Adelaide,

PERSIDANGAN PASCA SISWAZAH 2011

[ Inaugural Malaysian Postgraduate Conference 2011 (MPC11) ]

Mewakili Jawatankuasa Umum MyPSA(SA) & Urusetia MPC11, saya dengan berbesar hati memaklumkan penganjuran persidangan julung kali di atas yang dijayakan secara bersama oleh MyPSA(SA), Education Malaysia Australia (EMAS) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Program penuh 2 hari tersebut bermula pada 26-27 November 2011 (Sabtu & Ahad) ini akan meliputi beberapa pembentangan kertas kerja serta kajian akademik oleh tetamu jemputan serta pelajar pasca-siswazah dari beberapa negeri di Australia.

Upacara Perasmian & Ucaputama akan dilakukan oleh Professor Dr. Morshidi Sirat yang merupakan Timbalan Ketua Pengarah (IPTA) di Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM). Tajuk Ucaputama adalah berkaitan: "The Malaysian Higher Education Scenario: Role of Lecturers and PhD holders towards Nation Development”

Oleh kerana tajuk pembentangan tersebut amat penting dan sangat berkait rapat dengan peranan serta sumbangan sebenar para pensyarah & pelajar IPT di dalam pembangunan negara, maka MyPSA(SA) dengan berbesar hatinya mengalukan kehadiran SEMUA WARGA PELAJAR di Adelaide untuk turut serta di dalam kedua sessi tersebut.

Maklumat lengkap sessi tersebut adalah seperti berikut;

Tarikh : Sabtu, 26 November2011

Masa : 9.00 - 11.00pagi

Lokasi : Kampus City East, UniSA, Adelaide.

Semoga peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh warga pelajar Adelaide.

MyPSA(SA) juga memohon kerjasama semua untuk terus memanjangkan pemakluman ini kepada kenalan & pelajar di Adelaide untuk turut hadir.

http://www.facebook.com/events/302957999729096/

Sekian. Terima kasih.

Ahmad Sayuti Bin Bashiron

Jawatankuasa Umum MyPSA(SA) 2011-12

 

Last Updated ( Friday, 25 November 2011 03:40 )  

Upcoming Events

No current events.

Past Events

Visitors Statistics

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday41
mod_vvisit_counterYesterday62
mod_vvisit_counterThis week103
mod_vvisit_counterLast week445
mod_vvisit_counterThis month1602
mod_vvisit_counterLast month2583
mod_vvisit_counterAll days26765

We have: 1 guests online
Your IP: 38.107.179.222
 , 
Today: May 20, 2012